Sabtu, 6 Mac 2010

Ku bersyukur kepada-Nya

sesungguhnya aku begitu jauh dari rahmat-Mu...Ya Allah
ku mencari rahmat-Mu, ku ingin mendekati-Mu
ku ingin pergi ke tempat yang gelap dan menutup mataku agar ku jumpa petunjuk dari-Mu
Sesungguhnya Engkau telah pun memberi petunjuk di setiap langkah yang ku ambil
ku melangkah setiap hari jauh dan jauh dari-Mu
dan Engkau membawa ku kembali ke jalan-Mu yang lurus

sesungguhnya aku bersyukur kepada-Mu...Ya Allah
ku bersyukur atas setiap hembusan nafasku
aku tidak pernah memikirkan secara mendalam tentang segala nikmat yang dikurniakan oleh-Mu dan aku terlalu lalai hingga lupa untuk mengungkapkan syukur kepada-Mu

sehinggalah sekarang baru ku sedar dan akanku mulakan langkah pertama ku
kerana Engkau telah membuka pintu rahmat-Mu untuk ku
Ya Allah, sesungguhnya baru ku sedar yang aku sungguh merindui-Mu kerana telah lama aku berjauhan dengan-Mu

Ya Allah... aku berterima kasih kepada-Mu
aku berterima kasih kepada-Mu atas segala yang Engkau aturkan untukku
Engkau menyedarkan ku apabila aku mula melupai-Mu
Engkau membimbing ku disaat ku sesat dan Engkau turut memberi ku harapan untuk meneruskan hidup ini...

Allah S.W.T sentiasa ada

jika anda tanya saya tentang cinta...apa yang saya tahu tentang cinta?
jawapan saya adalah...cinta adalah segalanya tentang Allah S.W.T
Cinta yang suci yang wujud dalam hati diri kita...
Pencipta anda dan saya, syurga dan seluruh dunia
Allah yang mencipta kita dengan sempurnanya dan kita bebas di dunia-Nya
Dia lah penjaga kita dan kita mempercayai-Nya

dan apabila kita ditimpa kesusahan...tidak dapat dinafikan lagi
pasti kita akan pergi mencari-Nya, sebagaimana yang telah dijanjikan-Nya
Dia pasti akan menolong kita disaat kita susah...Dia pasti ada untuk merahmati kita dengan cinta-Nya dengan kuasa-Nya. Dia sentiasa memerhatikan kita dan membimbing kita
dan Dia tahu apa yang tersirat dan tersurat di dalam hati kecil kita

ingatlah wahai teman-teman ku,
hanya Allah lah tempat kita kembali
sebagaimana yang telah dijanjikan-Nya Dia sentiasa ada untuk kita
Dia membawa kita keluar daripada kegelapan dan membawa kita ketempat yang bercahaya

Maha Suci Allah...
yang berkuasa dalam segala-galanya
tidak perlu takut akan semuanya selagi kita melakukan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya selagi kita masih hidup
tidak lama lagi hidup kita akan berakhir dan
kita pasti akan ditempatkan di syurga-Nya dan semuanya pasti akan baik di sana...

sedarlah anda dari tidur yang nyenyak

kita telah diberikan terlalu banyak anugerah daripada-Nya
kita menikmati kemanisannya di dunia ini
kita membina bangunan dengan ketinggian dan saiz yang berbeza
dan kita rasa kepuasannya apabila bangunan itu siap dibina

kita beli dan terus beli, kita tidak boleh berhenti daripa membeli
kita memberi sumbangan kepada mereka yang miskin kerana
kita tidak tahan melihat rintihan dan tangisan mereka
kita rasa kita sudah menjalankan tanggungjawab kita dengan bersedekah
tetapi, hakikatnya kita hanya menipu diri kita sendiri

saya berjalan dengan menundukkan kepala dengan malunya di tempat saya
saya berjalan dengan menundukkan kepala dengan rendahnya di negara saya
ya sungguh senang menyalahkan orang barat dengan segalanya
apabila hakikatnya adalah salah kita sendiri

kita telah diberitahu apa yang nak dibeli dan kita membelinya di luar negara seperti london, paris dan banyak lagi tempat yang terkenal
kita menunjukkan sifat kita apabila kita melihat barang mahal di kedai mereka
ya kita berasa sungguh puas hati, kita rasakan yang duit kita memberikan kuasa kepada kita dan kita lupa untuk mengajar anak-anak kita tentang sejarah negara tersebut ...
apa yang teleh mereka lakukan terhadap negara-negara Islam
kita sudah tidak mempunyai banyak masa lagi apabila kita
kita sungguh sibuk untuk memuaskan hati kita

saya berasa malu dan berjalan sambil menundukkan kepala saya
saya berasa malu dengan sikap mereka...
kita seolah-olah telah hilang jiwa dan raga
dan diri kita merasakan kosong dan sejuk disamping rumah yang bahang
untuk memenuhi kepuasan hati kita dan kita membeli kereta yang besar dan mewah untuk memberi kepuasan hati kita

wahai saudara dan saudari
sekarang tibalah masa untuk mengubah diri kita
bukalah mata anda...jangan dibuangkan perkara yang baik sejauh-jauhnya
sebelum hari mendatang...dan disana....
tiada tempat lagi untuk anda lari dan menyembunyikan diri
sekarang tanyalah diri anda kerana Allah S.W.T sedang melihat anda...

hulurkan tanganmu, peganglah tanganku

aku seolah-olah mendengar sekuntum bunga yang sedang menangis
kedengaran sayupnya kesedihan yang dihadapinya telah dibawa pergi oleh angin.
tidak...!
beritahulah kepadaku sejak bila ia terjadi...
kenapa ia menjadi semakin dingin dan kosong didalamnya
ia telah hilang tidak lama dahulu
adakah kita telah menjadi buta
kita tidak sedar bahawa kita masih menyakiti sesama sendiri
apa yang kita tahu hanyalah gaduh.

sekarang, tahukah awak yang kita berkongsi cahaya daripada matahari yang sama,
dan cahaya bulan apabila ia gelap gelita?
kenapa tidak kita kongsi kasih sayang yang sama?
beritahu saya kenapa tidak? hidup adalah lebih pendek daripada yang kita sangkakan

hulurkan tanganmu, peganglah tanganku...
terdapat banyak cara untuk memperbetulkan apa yang salah
peganglah tanganku dan tolehlah kebelakang dan lihat apa yang telah kita tinggalkan
peganglah tanganku wahai temanku...
kita boleh simpan kenangan yang baik antara kau dan aku
untuk satu lagi peluang dan marilah kita bersama-sama berdoa
untuk dunia yang indah ini sebagaimana dunia yang indah ini akan ku kongsikan bersamamu...

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mencipta 'dia' sebagai cinta saya

Saya juga bersyukur kerana menemui dia dan dia telah membimbing saya

dan di sini saya berada bersamamu, sekarang saya nak kamu tahu

kamu telah membuka pintu hati saya, saya selalu berfikir bahawa bercinta itu salah

tetapi segalanya telah berubah apabila saya bertemu dengan kamu

saya ada beberapa patah perkataan yang nak di ucapkan kepada kamu...


untuk seumur hidup saya, saya akan berada disisimu

dengan jujur dan benar...saya akan duduk bersebelahan denganmu

sehingga nafas terakhir saya

saya akan menyintai kamu, dan terus menyintai kamu

untuk seumur hidup saya, melalui hari dan malam

saya bersyukur kepada Allah kerana membuka mata saya

sekarang dan selamanya saya... saya akan berada disisimu

saya sungguh bersyukur apabila memikirkan kamu

dan saya berdoa kepada Allah agar hubungan kita dirahmati-Nya

kamu lah cinta hati saya

dan sahabat saya juga kekuatan saya


dan saya berdoa agar kita dapat bersama-sama di Syurga Jannah

sekarang saya menemui diri saya dan saya berasa kuat dan bertenaga

ya...

segalanya telah berubah apabila kamu muncul dalam hidup saya

saya dapat merasainya jauh kedalam lubuk hati saya

dan sekarang kamu disini, di hadapan saya

saya dapat merasai cinta kamu yang kuat dan saya tidak meraguinya

dan disini saya meluahkan cinta hati saya melalui tangan saya yang sedang menaip

dengan pantasnya...saya cinta kamu luar dan dalam kerana Allah S.W.T.

bukalah mata anda




Lihatlah sekeliling anda...tidakkah anda melihat betapa indahnya ciptaan-Nya.

Ciptaan Allah S.W.T yang terbentang di hadapan anda...awan ciptaan-Nya yang terapung dan langit yang cerah dan kebiruan...

Bukalah mata anda tidakkkah anda melihat betapa agungnya kuasa Allah...

Alllah telah menempatkan setiap planet di orbit masing-masing

Tidakkah anda melihat betapa indahnya bulan dan bintang ciptaan-Nya.



Wahai teman-teman ku,

Marilah kita bersama-sama mula bertanyakan soalan kepada diri kita

Tidakkah segala bukti kekuasaan Allah masih tidak cukup untuk kita?

ATAU adakah kita yang buta untuk menolak segala bukti

yang telah terbentang di hadapan kita?

TIDAK...!


Kita hanya perlu buka mata kita seluas yang boleh, bukalah pintu hati kita,

dan bukalah minda kita untuk melihatnya...

jika kita bijak melihat segala petunjuk yang telah diberikan-Nya...

kita tidak dapat menyorok daripada kebenaran...Ia akan membuatkan kita terkejut

Ya Allah... bawalah kami ke jalan-Mu yang lurus

Ya Allah... bimbinglah kami di setiap hari yang mendatang

Ya Allah... dekatkanlah diri kami dengan-Mu sehinggalah hari terakhir kami.


Lihatlah diri anda sedalam-dalamnya...

Betapa sempurnanya anda diciptakan oleh-Nya

kesempurnaanya tersorok di dalam diri anda

Ia berjalan setiap hari di vena atau saluran darah anda

Dan tidakkah anda tertanya-tanya bagaimana kemarahan,rasa cinta dan kesakitan itu berlaku?

Dan semua itu dapat anda rasai dan tetapi tidakkah anda pelik kenapa anda tidak boleh menyentuh mereka dengan tangan anda sendiri. Jadi, adakah mereka benar-benar ada dalam diri anda?


Wahai teman-teman ku,

marilah kita bersama-sama mula bertanyakan soalan kepada diri kita

tidakkah segala bukti yang ada masih tidak mencukupi untuk kita?

atau adakah kita masih buta untuk menolak segala bukti yang ada pada kita?

TIDAK...!


Kita hanya perlu buka mata kita, hati kita dan minda kita seluas yang boleh...

jadilah orang yang bijak dalam melihat petunjuk Allah

sesungguhnya kita tidak dapat lari dari kebenaran... kebenaran akan sentiasa mengejutkan kita

Ya Rabb...bawalah kami kejalan-Mu yang lurus

Ya Rabb...bimbinglah kami di setiap hari yang mendatang

Ya Rabb...dekatkanlah diri kami dengan-Mu sehinggalah hari terakhir kami.


Wahai teman-teman ku,

Ingatlah...Allah S.W.T adalah pencipta kita yang Agung

Allah menciptakan segala-galanya yang dikendaki-Nya

Kita kepunyaan Allah


Ya Rabb...kami tadahkan kedua tapak tangan kami kepada-Mu

selama-lamaya kami berterima kasih kepada-Mu kerana menciptakan kami di muka bumi ini.