Sabtu, 6 Mac 2010

hulurkan tanganmu, peganglah tanganku

aku seolah-olah mendengar sekuntum bunga yang sedang menangis
kedengaran sayupnya kesedihan yang dihadapinya telah dibawa pergi oleh angin.
tidak...!
beritahulah kepadaku sejak bila ia terjadi...
kenapa ia menjadi semakin dingin dan kosong didalamnya
ia telah hilang tidak lama dahulu
adakah kita telah menjadi buta
kita tidak sedar bahawa kita masih menyakiti sesama sendiri
apa yang kita tahu hanyalah gaduh.

sekarang, tahukah awak yang kita berkongsi cahaya daripada matahari yang sama,
dan cahaya bulan apabila ia gelap gelita?
kenapa tidak kita kongsi kasih sayang yang sama?
beritahu saya kenapa tidak? hidup adalah lebih pendek daripada yang kita sangkakan

hulurkan tanganmu, peganglah tanganku...
terdapat banyak cara untuk memperbetulkan apa yang salah
peganglah tanganku dan tolehlah kebelakang dan lihat apa yang telah kita tinggalkan
peganglah tanganku wahai temanku...
kita boleh simpan kenangan yang baik antara kau dan aku
untuk satu lagi peluang dan marilah kita bersama-sama berdoa
untuk dunia yang indah ini sebagaimana dunia yang indah ini akan ku kongsikan bersamamu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

diharapkan pihak pembaca tidak memberi ulasan yang membawa maksud lucah
ulasan dari anda amatlah bermakna bagi saya
sekian terima kasih